Tuesday 23 April 2013

Rawat Dan Sihatkanlah Hati Kita


Assalamualaikum..






Semoga dengan kelima lima cara merawat dan menyihatkan hati ini..jiwa kita jadi tenang selalu. Cara ni juga boleh mendekatkan diri kita dengan Allah S.W.T

In Shaa Allah sama sama kita beramal agar dapat memperoleh keredhaan Allah




Sumber : Tentang Dia

Bila Facebook Berbicara


Assalamualaikum...








P/S- - - - -> Apapun masalah yang kita hadapi, mengadulah pada Yang Maha Esa.



Sumber cilok dari fb



TIPS TARIK MINAT ANAK BERSOLAT ♥♥♥


Assalamualaikum...

Pagi ni, sambil view view kat facebookers then saya terjumpe artikel yang saya kira boleh jadikan pengajaran untuk kita semua..

Ini tips menarik dari blog Redskyim, bagaimana ayahnya menggunakan psikologi untuk dia sentiasa menjaga solat.

Al - kisah. Ceritanya bermula begini.

Ibarat Batang Mancis

Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.

Caranya seperti gambar dibawah :

1.Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala.

2.Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan.

3.Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada.

4.Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah.

5.Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.

Kesimpulannya :

Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini.

Hebat, kan... Jom praktiskan kat anak2 kita..
 
 
 
Sumber :  ~Medan Telekung

Sunday 21 April 2013

SHARE PADA RAKAN SEMOGA MEMBERI MANFAAT


Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak."

Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."

Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."

Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"

Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.

Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.

Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti.

Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.

Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"

Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."

Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"

Gadis itu menjawab : "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."


Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."

Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.

Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.

Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.






Sumber : Dr. Amirul Amin

50 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia Oleh Dr. Fadzilah Kamsah


Assalamualaikum...

Jom share Tips dari pakar motivasi kita yang sememangnya tidak asing lagi di kalangan pakcik makcik adik akak abang abang semua... Tips ni boleh diguna pakai oleh semua pasangan yang masih belum kahwin mahupun yang dah makan asam garam hidup berumahtangga.

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.
Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Saturday 20 April 2013

Tips Untuk Mengurangkan Sakit Gusi Bayi Anda


Assalamualaikum...

Jom baca tips yang sangat berguna bagi ibu ibu di luar sana yang punya anak kecil. Saya sendiri pun kadang kadang bila anak merengek menangis susah hati dibuatnya. Sebabnye kita tak tahu tangisannya tu atas kerana apa. Ye lah dorang nak bagitau pun tak boleh kan...

Tanda pertama yang akan anda perasan ialah terdapat gigi kecil berwarna putih yang tumbuh pada gusi bayi. Kebanyakan ibu bapa hanya menyedari gigi bayi mereka tumbuh selang beberapa hari atau minggu iaitu sebaik sahaja bayi mereka sering meragam dan tidak tidur lena dan tidak mahu makan.

Di antara empat hingga sembilan bulan kebanyakan bayi ditumbuhi gigi pertama dan ada juga diantaranya juga agak lewat ditumbuhi gigi walaupun bayi anda sudah berusia 12 bulan. Anda sendiri akan meyedari bahawa gigi bayi anda sedang tumbuh dengan melihat warna kemerah-merahan timbul, gusi membengkak, air liur meleleh, dan tabiat bayi anda yang suka menggigit sesuatu . Bayi anda juga akan menangis apabila terjaga malam dan enggan makan. Mereka merasa tidak selesa apabila gigi mereka mula tumbuh.
 
BAGAIMANA UNTUK MEMBUATKAN BAYI ANDA LEBIH SELESA?


1) Berinya Sesuatu Yang Boleh Digigit
Jika giginya mulai tumbuh bayi anda akan sentiasa menggigit sesuatu. Jadi, dapatkan gegelung istimewa untuk bayi tumbuh gigi dan sejukkan sebelum memberikan kepada bayi. Anda juga boleh memberinya lobak merah atau epal yang dikupas kulitnya untuk bayi anda menggigit atau biskut ruski untuk mengunyah (pastikan dia tidak tercekik) atau permainan yang selamat untuk digigit.

2) Gel Tumbuh Gigi
Anda boleh dapatkan di farmasi gel tumbuh gigi tidak bergula bagi mengurangkan ketidakselesaan sakit gusi untuk tempoh 20 minit (memadai sehingga bayi anda tertidur). Sekurang-kurangnya ianya lebih baik dan pantas melegakan apabila bayi anda terbangun pada pukul 3 pagi. Periksa dengan ahli farmasi sama ada produk tersebut selamat untuk bayi dan pastikan anda membaca arahan pada pembungkus gel.

3) Gosok Gusi Bayi Anda
Bagi melegakan keresahan bayi anda boleh menggosok-gosok gusi bayi anda dengan jari anda.

4) Dapatkan Nasihat Ahli Perubatan
Cepat-cepat pergi ke klinik untuk mendapatkan nasihat dan rawatan segera jika berlaku masalah lain jika anda menyedari bahawa bayi anda mengalami suhu yang panas (melebihi 37.5°C) atau tanda-tanda kesakitan lain.

5) Bila Gigi Susu Akan Tumbuh
Bayi anda akan ditumbuhi gigi susu pada usianya 18 bulan dan sakit akibat tumbuh gigi akan beransur pulih selepas beberapa gigi susu tumbuh. Apabila berusia tiga tahun bayi anda akan punya set lengkap gigi susu.

Berikut ialah susunan mengikut jenis gigi yang akan tumbuh :
Gigi kacip pertama (bawah) 6-8 bulan
Gigi kacip pertama (atas) 6-8 bulan
Gigi kacip kedua (atas) 6-10 bulan
Gigi kacip kedua (bawah) 6-10 bulan
Geraham pertama (atas) 12-16 bulan
Geraham pertama (bawah) 12-16 bulan
Gigi taring (atas) 16-20 bulan
Gigi taring (bawah) 16-20 bulan
Geraham kedua (bawah) 2-3 tahun
Geraham kedua (atas) 2-3 tahun
 
Sumber : Perkongsian Kemusykilan Ibu dan Bapa

Sunday 14 April 2013

Untuk Kaum Adam Yang Bergelar Suami


                                                                 Assalamualaikum...






  1. Hargai isterimu sebagaimana engkau menghargai ibumu sebab isterimu juga seorang ibu dari anak anakmu.
  2. Jika marah boleh tidak berbicara dengan isterimu tetapi jangan bertengkar dengannya (membentaknya, mengatainya, memukulnya).
  3. Jantung rumah adalah seorang isteri. Jika hatinya tidak bahagia maka seisi rumah akan tampak seperti neraka (tidak ada gurau tawa, manja, perhatian). Maka sayangi isterimu agar dia bahagia dan kau akan merasa seperti di syurga.
  4. Besar atau kecil gajimu seorang isteri tetap ingin perhatian. Dengan begitu, maka isterimu akan selalu menyambutmu pulang dengan kasih sayang. 
  5. Dua orang yang tinggal sebumbung (menikah) tidak perlu berdebat, bertingkah, siapa menang siapa kalah.  Kerana kedua nya bukan untuk bertanding melainkan teman hidup selama nya.
  6. Di luar banyak wanita idaman melebihi isterimu. Namun mereka mencintaimu atas dasar apa yang kamu punya sekarang. Bukan apa adanya dirimu. Saat kamu menemukan masa sulit, maka wanita tersebut akan meninggalkanmu dan punya lelaki idaman lain di belakang mu...tapi tidak isterimu..
  7. Banyak isteri yang baik. Tapi di luar sana terlalu  ramai lelaki yang ingin mempunyai isteri yang baik dan mereka tidak akan mendapatkannya. Mereka akan menawarkan perlindungan dan perhatian terhadap isterimu. Maka jangan biarkan isterimu meninggalkan rumah kerana kesedihan dan kecewa sebab dia akan sukar sekali untuk kembali.      



 Seorang wanita bergelar isteri sangat sukar dibaca isi hatinya. Dengarkanlah luahannya, leterennya...dan kamu akan mengerti apa yang tersirat. Hanya ingin belaian dan perhatian....bukan orang lain pun....isteri sendiri jugak...

                   

                                      Sumber ; Perkongsian Kemusykilan Ibu dan Bapa




Monday 8 April 2013

Cara Betul Mendidik Anak


Assalamualaikum...

Kita sebagai ibu dan juga bapa pada anak anak kita, didik lah dorang masa dorang kecik kecik lagi sebab anak anak ni mudah terbentuk dan dibentuk waktu usia mereka masih muda. Sebaik baik didikan itu datangnye dari kita sendiri. Anak kecil ibarat kain putih. Kita la yang bertanggungjawab mencorakkan nya sebaik baik corakan. Elok corakan nya cantik lah pada pandangan mata. Macam tu la jugak anak anak kita. Baik didikan nya maka baik lah akhlaknya kelak... In Sha Allah...

Saya terjumpa artikel ni yang sangat sangat memberi manfaat boleh dijadikan panduan dalam membimbing anak anak saya yang masih kecil kedua nya ni. Senang saya nak refer dengan ada nya garis panduan macam ni. Jom kita baca.



DIDIKAN PADA ANAK YANG KITA TAK BUAT

Share pada rakan untuk Renungan bersama...

1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas

2) Jangan gunakan tangan /anggota tubuh kita untuk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan / pukul anak ditelapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

...Sabda Rasulullah s.a.w.

"Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)"

4) Mulakan hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap).

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak anak apabila anda berjalan degan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibubapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh dua tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila ruma mula terasa sunyi. Anak anak anda mulansibuk mendengar tqngisan anak mereka sendiri.

 
"Anak anak ibarat kain putih. Ibubapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi"
Like & share (^_^)

Sumber ; -AMIRUL AMIN-


Sunday 7 April 2013

Blog Untuk Kumpul Info


Assalamualaikum...

Tiba tiba berubah fikiran untuk jadikan blog kedua ni sebuah blog yang lebih berinformasi. Saya nak jadikan blog ni sebagai medan tempat saya kumpulkan segala apa tentang isu isu terkini atau fakta tapi bukan auta.

Mungkin juga ada nya something yang menarik pada pandangan mata kasar saya maka saya tempek kan nya di sini. Jika saya terambil suntingan daripada sesiapa maka saya akan credit kan sumber tersebut pada tuannya yang sebenar.

Asalnya, blog ni sya khas kan untuk update entry anak anak. Tapi bila difikirkan balik, better satu kan nya dalam Kisah Kami dan another blog bacaan menambahkan ilmu pengatahuan samada dah sedia tahu ataupun masih tak tahu.

Secara tak langsung mana mana reader(s) yang sudi singgah menapak kat sini boleh baca info yang tak de kena mengena dengan kisah kehidupan saya sekeluarga.

Sekian saja untuk makluman semua.