Assalamualaikum...
Jom baca tips yang sangat berguna bagi ibu ibu di luar sana yang punya anak kecil. Saya sendiri pun kadang kadang bila anak merengek menangis susah hati dibuatnya. Sebabnye kita tak tahu tangisannya tu atas kerana apa. Ye lah dorang nak bagitau pun tak boleh kan...
Tanda
pertama yang akan anda perasan ialah terdapat gigi kecil berwarna putih
yang tumbuh pada gusi bayi. Kebanyakan ibu bapa hanya menyedari gigi
bayi mereka tumbuh selang beberapa hari atau minggu iaitu sebaik sahaja
bayi mereka sering meragam dan tidak tidur lena dan tidak mahu makan.
Di antara empat hingga sembilan bulan kebanyakan bayi ditumbuhi gigi
pertama dan ada juga diantaranya juga agak lewat ditumbuhi gigi walaupun
bayi anda sudah berusia 12 bulan. Anda sendiri akan meyedari bahawa
gigi bayi anda sedang tumbuh dengan melihat warna kemerah-merahan
timbul, gusi membengkak, air liur meleleh, dan tabiat bayi anda yang
suka menggigit sesuatu . Bayi anda juga akan menangis apabila terjaga
malam dan enggan makan. Mereka merasa tidak selesa apabila gigi mereka
mula tumbuh.
BAGAIMANA UNTUK MEMBUATKAN BAYI ANDA LEBIH SELESA?

1) Berinya Sesuatu Yang Boleh Digigit
Jika giginya mulai tumbuh bayi anda akan sentiasa menggigit sesuatu.
Jadi, dapatkan gegelung istimewa untuk bayi tumbuh gigi dan sejukkan
sebelum memberikan kepada bayi. Anda juga boleh memberinya lobak merah
atau epal yang dikupas kulitnya untuk bayi anda menggigit atau biskut
ruski untuk mengunyah (pastikan dia tidak tercekik) atau permainan yang
selamat untuk digigit.
2) Gel Tumbuh Gigi
Anda boleh
dapatkan di farmasi gel tumbuh gigi tidak bergula bagi mengurangkan
ketidakselesaan sakit gusi untuk tempoh 20 minit (memadai sehingga bayi
anda tertidur). Sekurang-kurangnya ianya lebih baik dan pantas melegakan
apabila bayi anda terbangun pada pukul 3 pagi. Periksa dengan ahli
farmasi sama ada produk tersebut selamat untuk bayi dan pastikan anda
membaca arahan pada pembungkus gel.
3) Gosok Gusi Bayi Anda
Bagi melegakan keresahan bayi anda boleh menggosok-gosok gusi bayi anda dengan jari anda.
4) Dapatkan Nasihat Ahli Perubatan
Cepat-cepat pergi ke klinik untuk mendapatkan nasihat dan rawatan
segera jika berlaku masalah lain jika anda menyedari bahawa bayi anda
mengalami suhu yang panas (melebihi 37.5°C) atau tanda-tanda kesakitan
lain.
5) Bila Gigi Susu Akan Tumbuh
Bayi anda akan
ditumbuhi gigi susu pada usianya 18 bulan dan sakit akibat tumbuh gigi
akan beransur pulih selepas beberapa gigi susu tumbuh. Apabila berusia
tiga tahun bayi anda akan punya set lengkap gigi susu.
Berikut ialah susunan mengikut jenis gigi yang akan tumbuh :
Gigi kacip pertama (bawah) 6-8 bulan
Gigi kacip pertama (atas) 6-8 bulan
Gigi kacip kedua (atas) 6-10 bulan
Gigi kacip kedua (bawah) 6-10 bulan
Geraham pertama (atas) 12-16 bulan
Geraham pertama (bawah) 12-16 bulan
Gigi taring (atas) 16-20 bulan
Gigi taring (bawah) 16-20 bulan
Geraham kedua (bawah) 2-3 tahun
Geraham kedua (atas) 2-3 tahun
Sloty Casino 2021 - Mapyro
ReplyDeleteLooking 경주 출장샵 for Sloty 안성 출장마사지 Casino? 영천 출장안마 Mapyro has 696 slot machines and 50000 sq ft 광명 출장마사지 of 여주 출장안마 gaming space, complete with 2,706 slots, a mobile app,