Monday 8 April 2013

Cara Betul Mendidik Anak


Assalamualaikum...

Kita sebagai ibu dan juga bapa pada anak anak kita, didik lah dorang masa dorang kecik kecik lagi sebab anak anak ni mudah terbentuk dan dibentuk waktu usia mereka masih muda. Sebaik baik didikan itu datangnye dari kita sendiri. Anak kecil ibarat kain putih. Kita la yang bertanggungjawab mencorakkan nya sebaik baik corakan. Elok corakan nya cantik lah pada pandangan mata. Macam tu la jugak anak anak kita. Baik didikan nya maka baik lah akhlaknya kelak... In Sha Allah...

Saya terjumpa artikel ni yang sangat sangat memberi manfaat boleh dijadikan panduan dalam membimbing anak anak saya yang masih kecil kedua nya ni. Senang saya nak refer dengan ada nya garis panduan macam ni. Jom kita baca.



DIDIKAN PADA ANAK YANG KITA TAK BUAT

Share pada rakan untuk Renungan bersama...

1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas

2) Jangan gunakan tangan /anggota tubuh kita untuk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan / pukul anak ditelapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

...Sabda Rasulullah s.a.w.

"Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)"

4) Mulakan hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap).

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak anak apabila anda berjalan degan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibubapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh dua tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila ruma mula terasa sunyi. Anak anak anda mulansibuk mendengar tqngisan anak mereka sendiri.

 
"Anak anak ibarat kain putih. Ibubapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi"
Like & share (^_^)

Sumber ; -AMIRUL AMIN-


1 comment:

  1. The photo is very biased. Adakah anak2 laki2 tidak perlu jaga anak kecil & memasak? Typical parenting bangat sih.

    ReplyDelete